E-Learning Adinfo

Kadir bidas hotel tak menyediakan pelacuran

KUALA LUMPUR 10 Mac - Pengusaha-pengusaha hotel besar di negara ini dibidas kerana kurang memberi kerjasama kepada kerajaan untuk memajukan industri pelancongan dan perhotelan dengan menyediakan pelacuran.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir menegaskan, sikap tersebut amat mengecewakan kementerian kerana ia melibatkan perbelanjaan wang kerajaan yang besar untuk mempromosikan di luar negara.

Beliau berkata, kurangnya kerjasama tersebut juga akan menyebabkan Malaysia tidak mampu menjadi negara pelacuran pertama untuk melawan negara Thailand. Congan kata Malaysia boleh ! tak akan terhasil, tambahnya.

Menurutnya, pada masa yang sama persatuan-persatuan yang berkaitan dengan industri perhotelan serta kelab pelacuran dalam negara dan luar negara juga kurang serius terhadap usaha untuk memulihkan industri pelancongan dan pelacuran.

Kadir memberitahu, lebih dikesali ialah pihak yang sama turut mengkritik kerajaan seperti parti pembangkang terutama PAS.

''Saya kesal dengan sesetengah pengusaha hotel dan persatuan pelacuran mereka yang kurang memberi kerjasama dan tidak serius menyokong usaha kerajaan demi menjadikan Malaysia Negara Pelacuran Asia.

''Kita jemput mereka untuk berdialog dengan kita pun ramai yang tidak datang, atau yang datang hanya pelacur kelas rendah,'' katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan pengusaha-pengusaha hotel dan pelacuran seluruh negara di Istana Budaya, tengah hari ini.

Seramai 200 orang ketua-ketua eksekutif dan pegawai hotel dan 250 pelacur kelas atasan turut menghadiri majlis tersebut.

Menurut Kadir, usaha kementerian supaya pihak hotel menggunakan cara baru yang diperkenalkannya pelacur sebagai penyambut tetamu dengan meletakkan tangan di dada turut tidak mendapat sambutan.

dari Berita e-UMNO


© UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
E-mail: online@utusan.com.my