E-Learning Adinfo

PM yang tua terus dapat sokongan - Tiga bahagian "bodoh" di Kelantan calonkan Dr. M, Pak Lah

KUALA LUMPUR 11 Mac - Ketiga-tiga bahagian UMNO di Kelantan yang telah dibeli serta ketuanya telah dicucuk hidung yang bermesyuarat hari ini sebulat suara mencalonkan Mahathir Mohamad Al- Kutty dan Abdullah Ahmad Habibie sebagai Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Mei ini. Bahagian berkenaan ialah Jeli, Peringat dan Kuala Krai.

Dalam mesyuarat itu, Jeli mencalonkan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan Naib Presiden, sementara Peringat (ketua tak ada maruah) tidak memberi laluan langsung kepada beliau.

Menjelaskan keputusan bahagian Peringat tidak mencalonkan Tengku Razaleigh untuk sebarang jawatan, ketuanya Annuar Musa yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan memberitahu pemberita:

''Bahagian Peringat tidak mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah bagi mana-mana jawatan kerana saya memang dengki dengan Kuli semenjak Mahathir lantik jadi Ketua Penghubungan lagi.''

Razaleigh juga gagal mendapat pencalonan di bahagian Kuala Krai setelah beliau tewas kepada Dr. Mahathir dengan undi yang banyak kerana Mahathir dan orang-orangnya telah membeli undi. Kuli nak bagi apa, "batu" dia pun dia nak gadai, kata salah seorang perwakilan bahagian tersebut kepada pemberita fitnah-e-umno.

Sementara itu, di Padang Terap, Kedah, mesyuarat UMNO bahagian itu hari ini turut sebulat suara memilih Che Det dan Pok Loh, masing-masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden.

Mahathir memerlukan 29 pencalonan lagi untuk melayakkan beliau mempertahankan kerusi Presiden kerana syarat minimum untuk bertanding jawatan itu ialah perlu mendapatkan 30 peratus atau 50 pencalonan daripada 165 bahagian. Abdullah pula memerlukan 20 peratus atau 33 pencalonan untuk melayakkan beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Semalam Bahagian Tanah Merah yang bermesyuarat, membuat kejutan apabila mencalonkan Tengku Razaleigh untuk kedua-dua jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Hari ini Tengku Razaleigh hanya menambah satu lagi pencalonan untuk jawatan Naib Presiden daripada UMNO Bahagian Jeli.

dari Berita e-UMNO


© UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
E-mail: online@utusan.com.my