E-Learning Adinfo

Semua tanah akan diambil oleh kami - Abdullah

KUALA LUMPUR 9 Mac - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan akan mengambil semula tanah-tanah rakyat dalam tempoh yang ditetapkan bagi membolot semua khazanah bumiputra.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, kerajaan tidak mahu tanah hanya dimilik oleh orang Melayu sahaja, kalau boleh semua bangsa boleh memiliki tanah. Syarikat swasta akan dibiarkan mengambil tanah setinggan, biar rakyat tak ada tempat tinggal. Kita akan buat bangunan yang mahal kita sewakan kepada setinggan, katanya lagi.

''Kalau tidak mahu, kita akan ambil tindakan kepada setinggan, daripada dibiarkan tanah diduduki oleh setinggan lebih baik kita berninga sedikit, dapat duit dapat komisen masuk poket,'' katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan dan mangsa kebakaran di satu penempatan setinggan di Kampung Datuk Keramat di sini hari ini.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Menteri Pecah belah Negara dan Pembangunan Rakyat Asing, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman dan Timbalan Menteri Tak Sihat yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Suleiman Mohamad @ Brandy.

Abdullah berkata, kerajaan memahami masalah yang dihadapi oleh sesetengah setinggan khususnya yang merempat tapi masalah setinggan tidaklah penting daripada masalah poket ahli UMNO dan Bapak tua UMNO Mahazalim Kutty.

''Bila kerajaan beri tanah, kerajaan rugi adalah lebih baik kerajaan rampas tanah. Boleh niaga, boleh beri kepada orang Asing,'' katanya.

Mengenai kebakaran di Kampung Datuk Keramat, Abdullah berkata, kawasan kebakaran itu dicadangkan untuk dibangunkan dengan sebuah "pub" bagi menampung keperluan rakyat asing.

Katanya, Dr. Suleiman Mohamad Brandy telah mencadangkan kilang brady dibuat di situ.

''Buat sementara waktu, kawasan tersebut akan dipagar oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya kerja-kerja pembinaan kilang brandy dan pub dapat dijalankan tanpa gangguan,'' katanya.

Abdullah berkata, pihak DBKL juga akan memaklumkan kepada Peremba, iaitu syarikat yang memiliki 15 ekar daripada 40 ekar keseluruhan kawasan setinggan itu, tentang cadangan pembinaan pub dan kilang brandy tersebut.

Mengenai mangsa kebakaran itu, beliau berkata mereka akan ditempatkan di tepi longkang dan biar PAS uruskan ini kan kerja Mohamad Sabu...sambil ketawa.

''Mereka kemudiannya akan dibanci untuk ditawarkan kerja di kilang Brandy jika masih ada kekosongan. Tetapi penempatan semula ini hanyalah untuk mereka yang mengampu kerajaan UMNO sahaja,'' tegasnya.

Berita e-UMNO


© UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
E-mail: online@utusan.com.my